SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAAKUB
32600 BOTA KANAN, PERAK
KERTAS KERJA PROJEK KOMUNITI
TAJUK PROJEK :
CELIK ICT BERSAMA OKU
Pengenalan
Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seorang
individu dan/ atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental
dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.
Objektif
>Mengeratkan silaturrahim antara pelajar SMK DARY dengan pelajar Pusat Pemulihan Komuniti dan masyarakat setempat
>Menggunakan ICT untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat setempat
>Meningkatkan dan mengukuhkan tahap pengetahuan masyarakat setempat
>Memperkenalkan ICT kepada masyarakat setempat khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU).
Jawatankuasa Perlaksana
Penaung : Pn. Hajjah Azizah Bt Musa
Pengerusi : Pn. Mashitah Bt Ismail
Penyelaras Projek : Pn.Rohaiza Bt Zainal Abidin
Pen. Peny. Projek : Pn. Norzidah Bt Bakri
Pengerusi : Ayesha Nabiha bt Norhasandi
Setiausaha : Athirah bt Zainal Abidin
Bendahari : Nur Amalina bt Omar
Pengasas Web : Intan Nor Atikah Zanuddin
Sasaran Komuniti
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang terletak berhadapan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Kedai.Com En. Abdul Latif (Kg.
Kubang Chandong, Bota), PIBG dan masyarakat setempat.
Anggaran Pendapatan & Perbelanjaan
Pendapatan : RM 200
Sumber : Sumbangan kedai komputer dari kawasan berdekatan
Perbelanjaan
 |
 |
TUJUAN
|
KOS
|
Keceriaan
|
RM100
|
Makan/minum
|
RM70
|
Peralatan/gambar
|
RM30
|
Jumlah
|
RM200
|
|
 |
 |
Huraian Ringkas Mengenai Projek Celik ICT
Projek Komuniti yang bertajuk Celik ICT bersama OKU merupakan pengenalan mengenai perkakasan komputer dan aktiviti gotong-royong
bersama Pusat Pemulihan Komuniti serta masyarakat setempat. Ketika perlaksaaan projek, pihak jawatankuasa akan memberi penerangan
ringkas mengenai ICT dan memberi peluang kepada pelajar di Pusat Pemulihan Komuniti ini menggunakan komputer.
Kami akan membina sebuah sudut ICT di Pusat Pemulihan Komuniti tersebut sebagai sumber rujukan di samping menceriakan
lagi tempat tersebut.
Ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas yang telah ditetapkan
iaitu menyediakan sudut ICT, mural dan kebersihan. Ahli jawatankan kuasa yang terlibat dengan sudut ICT akan bersama pelajar
di Pusat tersebut membina sudut ICT dengan mempamerkan perkakasan komputer yang telah rosak (dilabelkan) dan membina beberapa
barangan seperti kotak tisu dengan menggunakan disket atau CD yang telah rosak untuk diletakkan disudut berkenaan. Aktiviti
ini sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat para pelajar. Buku-buku komputer dan majalah seperti majalah PC sumbangan dari
kedai komputer juga akan diletakkan di sudut berkenaan.
Projek mural akan dilaksanakan pada masa yang sama dengan memberi peluang kepada pelajar di Pusat Pemulihan Komuniti untuk
menunjukkan bakat melukis.
Projek komuniti yang dirancang ini dijangka akan dilaksanakan pada penghujung Januari 2007 setelah guru penasihat bermesyuarat
dengan pihak pentadbir. Setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Puan Pengetua pihak jawatankuasa akan menghubungi
Pusat Pemulihan Komuniti untuk mendapat maklum balas dan seterusnya melaksanakan projek tersebut dengan jayanya.
|